Friday, July 31, 2020

KELEBIHAN IBADAH KORBAN

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-211: KELEBIHAN IBADAH KORBAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahin AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban. Untuk itu, di sana terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan berkorban. Antaranya:

 

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

 

Makna Hadith

Hadith ini menunjukkan ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada hari raya aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 5/61] Selain itu juga, status hadith ini menjadi perselisihan dalam kalangan ulama’ kerana ada yang melihat hadith ini sebagai dhaif dan sebagainya. Akan tetapi, al-Mubarakfuri menilai hadith ini sebagai hasan sebagaimana yang dinyatakan ketika mensyarahkan hadith ini.

Tambahan pula, di akhir hadith ini terdapat perintah agar kita membersihkan jiwa atau diri kita dengan melaksanakan ibadah ini kerana padanya disediakan ganjaran dan pahala yang cukup besar oleh Allah SWT.

 

Penutup

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:

 

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Al-Kauthar 108:2

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

 

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan petunjuk dalam melaksanakan perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapatkan syurga Firdaus yang paling tinggi di akhirat kelak. Amin.

 

Wallahua’lam

#Sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Thursday, July 30, 2020

DUN Sabah BUBAR ?

Menurut Shafie, beliau menasihat Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN dalam pertemuan mereka pagi tadi. Beliau berkata, pembubaran itu telah dipersetujui Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

 

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan untuk pilihan raya semula, kata Mohd Shafie Apdal, sehari selepas bekas ketua menteri Musa Aman mendakwa pihaknya ada sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. 

“Saya telah berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju,” katanya. 

Keputusan pembubaran itu berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa oleh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang mendakwa memiliki majoriti mudah. 

Semalam, Musa dalam sidang akhbar mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti dan akan menubuhkan kerajaan bersama gabungan baharu. Pilihan raya negeri yang akan ditentukan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas ini melibatkan 73 kerusi DUN berbanding 60 kerusi pada 2018.

CALTEX SALOR PASIR MAS BERHANTU - PENGAKUAN SEBENAR BEKAS PEKERJA CALTEX

Tolong beringat ye,Caltex ni dh lama ditutup,kalau nampak keadaan seperti dibawah,cerah seperti dibuka dan ada orang dikaunter,tu bukan orang ye guys,muka lain,Siapa2 yang lalu jalan salor-pasir mas kalau ternampak Caltex salor buka,tolong jangan berhenti ye.sebab minggu lepas ada orang yang sudah kena.ada orang luar berenti dicaltex salor sebab nampak dibuka.caltex salor sebenar nye dh lama ditutup dan belakang caltex salor nie ada kubur.

Inilah kisah yang selalu diceritakan pasal sebuah stesen minyak Caltex di Jalan Slor Pasir Mas - Kota Bharu. Kalau balik kampung, aku selalu gak lalu depan stesen Caltex nih. Memang nampak agak seram tapi masa aku lalu sebelah malam tu memang gelap je la. Pernah dicerita juga sebab stesen ini ditutup ialah kerana pekerja shif malam tak tahan selalu kena kacau dengan makhluk halus. 

Aa satu lagi versi cerita seram mengenai kawasan ini...

KISAH misteri restoran sate di laluan lebuh raya Pasir Mas-Salor cukup popular dalam kalangan penduduk di Kelantan namun kepada orang luar berhati-hatilah sekiranya terlihat gerai tersebut di tepi jalan. Mengikut ceritanya, ramai orang luar pernah singgah ke gerai itu selepas melihat ia dihiasi lampu terang dan pelanggan memenuhi gerai untuk menikmati hidangan sate sedap. Pada hal hakikatnya, gerai itu sudah tidak wujud dan jika sesiapa melalui kawasan itu pada waktu siang hanya akan terlihat sekadar sebuah pondok usang yang dijadikan tempat berteduh oleh penunggang motosikal ketika waktu hujan.


Wednesday, July 29, 2020

Projek Bubur Nasi Ayam Terbaik...

Pagi ni buat projek bubur nasi ayam lagi. Kelmarin dah buat. Ada rakam video tapi tak habis. Jadi, hari ni buat bubur lagi dan rakam balik video. MAsa aku dok menaip ni, bubur belum masak. Ikan bilis goreng dah masak. Ayam goreng yang aku potong kecil-kecil masih diperap lagi. 


Sambil tunggu tu, aku rakam video, review skit pasal TV LG kami yang baru beli Sabtu lepas tapi hari Isnin baru kena hantar. Nak tengok LIVE TV, STB Unifi plak buat hal. Dah call buat report semalam. Bila tah mereka datang tengok nih.

Pertama kali makan Wasabi.... Wa kena beb...!!!


 

Wife bawak balik SHUSHIDOL. Katanya kawan dia Kak Drisna ( https://www.youtube.com/channel/UCJeJ ) bagi. Aku memang suka shushi tapi aku tak pernah makan WASABE. Sejenis "lada" Jepun yang warna hijau tu yang dah dilenyek. Aku nak cuba la. Bila aku makan, mula-mula tu tal rasa pendas. Macam ada rasa tanah skit, rasa kelat pun ada. PAstu baru rasa pedas. Pedas dia tu semacam jer. Hahahaha... Apa lagi,,, Airrrrr.....

Friday, July 24, 2020

Youtuber bakal terikat dengan Akta 244 - Semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP)

KUALA LUMPUR: Penyedia kandungan video platform dalam talian seperti Youtube (Youtuber) mungkin terikat dengan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244). 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, semua agensi media arus perdana atau media individu yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi terikat dengan undang-undang ini. 

Beliau berkata, mana-mana individu tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamerkan filem melainkan memiliki lesen berdasarkan Seksyen 22 (1) akta berkenaan. 

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengeluarkan tiga jenis lesen kepada industri perfileman iaitu Lesen Pengeluaran Filem dan Video, Lesen Pengedaran Filem dan Lesen Pempameran Filem dan Video. 

“Penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media ‘personal’ yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) adakah semua penerbit filem termasuk dalam platform media sosial perlu memohon Lesen Pengeluaran Filem dan SPP di Dewan Rakyat hari ini. 

Dalam soalan tambahan, ketika Shu Qi cuba mendapatkan kepastian adakah media sosial juga terikat dengan perkara, Saifuddin dilihat tidak menjawabnya sebaliknya hanya memperincikan takrifan filem. – UTUSAN ONLINE 

Lepas dah netizen dah bising-bising kat FB, Twitter, TikTok, Youtube, Whatsapp dan lain-lain media elektronik, akhirnya kerajaan keluarkan kenyataan yang menjelaskan isu lesen perfileman FINAS.

Giler kau... Kalau semua pembuat video termasuk YT Creator, TikTok, FB, dll nak kena baut lesen nak ambil video... Bayaran lesen RM50K tuh....

Nyaris eksiden semasa balik dari hantar anak ke sekolah

Alhamdulillah... aku masih hidup hari ni. 

Hari ni Jumaat, 24 Julai 2020. Seperti biasa pagi2 hantar anak-anak pergi sekolah. Tapi pagi ni anak sulugn tak pergi sekolah. Alasang kasut basah sebab hujan lebat semalam. Aku hantar anak bongsu jer. Lepas hantar, aku terus pecut balik rumah. Tetiba perut terasa semacam jer. Aku pecut lagi sikit tapi tak la sampai 100km/j lebih. 

Pagi-pagi gini orang ramai nak pergi kerja. Tapi jalan arah Tuaran tak la sibuk sangat. Yang beratur panjang tu kalau tempat nak U- Turn ke arah KK. Sampai di kawasan Rampayan, ada satu U-Turn. Kereta berderet bratur nak pusing ke arah KK. Tetiba satu Saga BLM ni kluar. Mungkin sebab lama sangat dok beratur nak U-Turn, dah tak sabar sangat dah. Aku masa tu dok lane kanan. Terus tekan brek. Sreeettttt.... bunyi tayar.... dan aku lari ke kiri. Nasik baik masa tu tak ada kereta laju sebelah kiri. Aku tgh laju masa tu, masuk lane kanan balik. Sekali ingat rumah sebelah kiri, aku masuk kiri semula tapi kereta yang keluar terburu-buru tadi pecut potong aku. Aku sempat tengok pemandu dia, perempuan...

Masa aku nak masuk lorong kiri ke rumah aku, kereta tu ke lorong kanan. Mungkin sebab nak U-Turn kat depan. Aku perasan kawan dia disebelah tengah rakam dengan HP. Aku sempat jeling nombor kereta dia, SXX 5411 X kalau tak silap. Aku tak berapa nampak sangat sebab aku nak cepat. 

Dia nak rakam ke apa ke, dia punya pasal tapi kalau aku langgar tadi, dengan aku dan kawan dia tu yang naya...

Thursday, July 23, 2020

Terkejut sebab orang imigresen pun kenal aku...


 

 Saya ke imigresen untuk ambil buku Pass Lawatan Terhad yang saya sambung/perbaharui semalam. Saya malam nak tunggu sampai siap, jadi saya pergi ambil hari ni. Kali ni pergi dengan XMAX sebab nak test rekod video pakai Fimi Palm yg diletakkan pada Chest Belt Strap Mount.

Di imigresen, saya terus ke pintu masuk dan bagitau pegawai imigresen tu saya nak ambil buku pass yang saya renew semalam tapi belum ambil. Dia tanya nama penuh, lepas tu dia suruh tunggu di luar. Dia masuk ambil di dalam. Lebih kurang 5 minit dia keluar, dia tengok muka saya. Saya kasi turun pelitup muka sikit. Terus dia tanya saya, adakah saya da buat video di Marakau. Saya kata ada. Patut la macam pernah tengok sebab dia ada tengok video youtube saya. Lepas tu dia minta nama channel YT saya.

Nak makan Nasi Kuning Banjar di Restaurant Mee Tauhu tapi dah tutup plak.


 

 Lepas hiking Bukit Padang, kami nak ke restoran Nasi Kuning Banjar atau dikenali juga Restoran Mee Tauhu di Inanam Capital. Tapi sampai je di sana, restoran tu dan tutup. Tutup terus bukan tutup sekejap. Papan tanda pun dah tak ada. Banner pun tak ada. Mungkin tutup sepanjang PKP, owner masih minta sewa, jadi baik tutup terus sebab tak boleh nak berniaga tapi sewa tetap kena bayar. JAdi, kami ke Restoran Khalisa di Sulaman.

Tuesday, July 21, 2020

4 Julai 2020 - Bermain dengan arnab jinak D'mesilau Rabbit Garden at Kampung Mesilou


 

 Family day out kami ini membawa kami ke D'mesilau Rabbit Garden dekar Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah. Kawasannya tepi bukit dengan permandangan yagn cantik... Tak rusi datang sini.. Jom tengok videonya...








Renew Pass Lawatan ( Buku Biru )


Lepas ambil anak di sekolah jam 1.00pm, aku terus pecut kereta pulang ke rumah. Sampai dirumah, solat Zohor dahulu. Lepas tu masak telur sweet sour sikit. Pagi tadi wife dan masak nasi goreng bunga Kantan. Aku habiskan nasi goreng. 

Sebelum aku keluar ambil anak-anak di sekolah, aku suruh anak aku Ahmad Iman masak nasi. 

Aku nak keluar ke imigresen nak renew pass lawatan aku ( buku biru ) yang dah tamat tempoh. Aku suruh Iman makan dahulu. Sekali dia bukak periuk, alamak...!!! Dia masak nasi tadi dia tak letak air. Dia basuh jer. Hahahaha... Aku suruh dia masa nasi lain lah.

Aku ke imigresen dengan kereta Atos sebab aku tengok awan hitam macam nak hujan. Ingat nak merempit dengan XMAX. Sampai sana, nasib baik ada tempat parking. Aku naik tingkat 1, tengok dah ramai orang. Aku dok kerusi last sekali. Kerusi untuk mereka yang dah buat temujanji ONLINE. 

Sejam jugak la dok beratur sementara dapat masuk ambil nombor dan hantar borang serta salinan yang diperlukan. Pegawai tu tanya nak tunggu ke pass tu siap ? Aku tanya berapa lama boleh siap? Dalam 1 jam katanya. Oh, esok sajalah aku ambil.


21 Ogos 2010 - Buat blog baru


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni, 21 Ogos 2020 aku buat blog baru ( www.iammohdsham76.blogspot.com ) kerana blog aku yang lama tak boleh nak share post ke FB. Bila aku nak share ke FB, kluar warning bagitau aku disekat untuk pos ke FB sebab emel daftar blog aku di sudah kena report ABUSE kat FB. 

Lahanat betul sapa yang buat report tu.  Seingat aku la, aku tak pernah pos benda2 yang dilarang. Jadi, aku buat la satu lagi blog yang nama URL sama cuma ada tambahan 76 je dibelakang tu. Blog lama masih ada. Aku tak tutup. 

Nasi Goreng Ringkas PokSey Noxxa (RSS)


 
 
Nasi Goreng Ringkas PokSey Noxxa (*RSS). Ini resepi yang saya upload ke channel Youtube pada 29 Ogos 2016 dahulu. Saya re-post semula kat sini untuk tatapan korang semua.

Bahan²nya :

2 pot beras (dibasuh)
3 pot air putih
2 biji bawang merah besar (dicincang)
3 btg crabstick (boleh ganti dgn udang, daging @ ayam)
3 sudu soa tiram
1 sdt lada hitam (dihancurkan)
2 biji telur ayam
Sayur kobis panjang

Cara²nya :

- Setkan periuk noxxa pada stir fry.
- panaskan 3 sudu minyak masak.
- tumis bawang merah.
- dah naik bau, masukkan crabstick dan kacau.
- masukkan telur dan kacau.
- masukkan sos tiram dan lada hitam, kemudian masukkan sayur kobis panjang.
- masukkan sedikit air dan kacau.
- kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati dan masukkan air.
- offkan noxxa, tutup periuk noxxa dan setkan kpd presure.
- kemudian masak lagi menggunakan mode HP selama 7-10 minit.
- dah masak, bukan tudung dan gaulkan nasi biar dia kering sedikit.
- okeh... Siap...

* RSS - resepi syok sendiri... Hahaha

Kejadian Misteri Di Taman Tun Fuad


 

 Semalam, kami ke Bukit Padang untuk hiking. Hiking 250 anak tangga jer. Tapi OTW ke tempat hiking tu ada satu peristiwa pelik yang kami alami dan bikin seram...


Semput Hiking 250 Anak Tangga Selepas PKP 4 bulan


 

 Lama tak hiking sejak PKP, lebih kurang 4 bulan lebih. Semput giler. Baru sikit daki anak tangga. Tu belom daki gunung... Terima kasih kerana menonton video saya. Dah tengok tu jangan lupa LIKE,SHARE & SUBSCRIBE kalau belum yer... Dan sila COMMENT dibawah video di channel saya yer... Hehehe... Harap anda semua terhibur...




Resepi Nasi Ayam Stim Noxxa Versi Pok Sey


 

 Sempena hari Jumaat yang mulia, saya masak special iaitu Nasi Ayam Stim Noxxa Versi Pok Sey... Jom tengok...

Hari Ke-2 Jadi Supir Anak-Anak, Masa Habis Atas Jalan Raya


 

 Hari kedua persekolahan semasa PKPP. PAgi hantar, tengahari ambil plak. Pagi-pagi tak boleh nak lepak-lepak. Kena masuk opis terus. Petang baru la boleh tidur.

Resepi Sambal Kicap Pok Sey


 

 I Love sambal kicap tapi yang tak pedas sangat. Sekali je wife ajar, lepas tu saya cuba buat sendiri. Watch the video, write a comment in my channel and i will follow you...

Cara-cara masak sardin 3 minit



Assalamualaikum dan salah sejahjtera. Sardin, satu benda yang wajib ada stock dirumah. Kalau nak cepat, ini la masakkannya. Jom kita masak sardin 3 minit... tapi mabelesss...

Hari ni hari pertama persekolahan selepas cuti PKP 3 bulan lebih



Hari ni hari pertama persekolahan selepas cuti PKP 3 bulan lebih. Sekarang PKPP, sekolah bermula pada 15 Julai 2020. jam 6.00am aku dah kluar hantar anak2 ke sekolah. Di sekolah rendah, ramai sudah budak-budak beratur masuk ke sekolah. Meraka akan diperiksa suhu badan dahulu. Mana yang suhu melebihi 37.5'C kena suruh balik.