Friday, July 24, 2020

Nyaris eksiden semasa balik dari hantar anak ke sekolah

Alhamdulillah... aku masih hidup hari ni. 

Hari ni Jumaat, 24 Julai 2020. Seperti biasa pagi2 hantar anak-anak pergi sekolah. Tapi pagi ni anak sulugn tak pergi sekolah. Alasang kasut basah sebab hujan lebat semalam. Aku hantar anak bongsu jer. Lepas hantar, aku terus pecut balik rumah. Tetiba perut terasa semacam jer. Aku pecut lagi sikit tapi tak la sampai 100km/j lebih. 

Pagi-pagi gini orang ramai nak pergi kerja. Tapi jalan arah Tuaran tak la sibuk sangat. Yang beratur panjang tu kalau tempat nak U- Turn ke arah KK. Sampai di kawasan Rampayan, ada satu U-Turn. Kereta berderet bratur nak pusing ke arah KK. Tetiba satu Saga BLM ni kluar. Mungkin sebab lama sangat dok beratur nak U-Turn, dah tak sabar sangat dah. Aku masa tu dok lane kanan. Terus tekan brek. Sreeettttt.... bunyi tayar.... dan aku lari ke kiri. Nasik baik masa tu tak ada kereta laju sebelah kiri. Aku tgh laju masa tu, masuk lane kanan balik. Sekali ingat rumah sebelah kiri, aku masuk kiri semula tapi kereta yang keluar terburu-buru tadi pecut potong aku. Aku sempat tengok pemandu dia, perempuan...

Masa aku nak masuk lorong kiri ke rumah aku, kereta tu ke lorong kanan. Mungkin sebab nak U-Turn kat depan. Aku perasan kawan dia disebelah tengah rakam dengan HP. Aku sempat jeling nombor kereta dia, SXX 5411 X kalau tak silap. Aku tak berapa nampak sangat sebab aku nak cepat. 

Dia nak rakam ke apa ke, dia punya pasal tapi kalau aku langgar tadi, dengan aku dan kawan dia tu yang naya...

No comments:

Post a Comment