Friday, July 24, 2020

Youtuber bakal terikat dengan Akta 244 - Semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP)

KUALA LUMPUR: Penyedia kandungan video platform dalam talian seperti Youtube (Youtuber) mungkin terikat dengan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244). 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, semua agensi media arus perdana atau media individu yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi terikat dengan undang-undang ini. 

Beliau berkata, mana-mana individu tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamerkan filem melainkan memiliki lesen berdasarkan Seksyen 22 (1) akta berkenaan. 

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengeluarkan tiga jenis lesen kepada industri perfileman iaitu Lesen Pengeluaran Filem dan Video, Lesen Pengedaran Filem dan Lesen Pempameran Filem dan Video. 

“Penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media ‘personal’ yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) adakah semua penerbit filem termasuk dalam platform media sosial perlu memohon Lesen Pengeluaran Filem dan SPP di Dewan Rakyat hari ini. 

Dalam soalan tambahan, ketika Shu Qi cuba mendapatkan kepastian adakah media sosial juga terikat dengan perkara, Saifuddin dilihat tidak menjawabnya sebaliknya hanya memperincikan takrifan filem. – UTUSAN ONLINE 

Lepas dah netizen dah bising-bising kat FB, Twitter, TikTok, Youtube, Whatsapp dan lain-lain media elektronik, akhirnya kerajaan keluarkan kenyataan yang menjelaskan isu lesen perfileman FINAS.

Giler kau... Kalau semua pembuat video termasuk YT Creator, TikTok, FB, dll nak kena baut lesen nak ambil video... Bayaran lesen RM50K tuh....

No comments:

Post a Comment