Menurut Shafie, beliau menasihat Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN dalam pertemuan mereka pagi tadi.
Beliau berkata, pembubaran itu telah dipersetujui Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan untuk pilihan raya semula, kata Mohd Shafie Apdal, sehari selepas bekas ketua menteri Musa Aman mendakwa pihaknya ada sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
“Saya telah berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju,” katanya.
Keputusan pembubaran itu berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa oleh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang mendakwa memiliki majoriti mudah.
Semalam, Musa dalam sidang akhbar mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti dan akan menubuhkan kerajaan bersama gabungan baharu.
Pilihan raya negeri yang akan ditentukan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas ini melibatkan 73 kerusi DUN berbanding 60 kerusi pada 2018.
No comments:
Post a Comment