Thursday, July 30, 2020

CALTEX SALOR PASIR MAS BERHANTU - PENGAKUAN SEBENAR BEKAS PEKERJA CALTEX

Tolong beringat ye,Caltex ni dh lama ditutup,kalau nampak keadaan seperti dibawah,cerah seperti dibuka dan ada orang dikaunter,tu bukan orang ye guys,muka lain,Siapa2 yang lalu jalan salor-pasir mas kalau ternampak Caltex salor buka,tolong jangan berhenti ye.sebab minggu lepas ada orang yang sudah kena.ada orang luar berenti dicaltex salor sebab nampak dibuka.caltex salor sebenar nye dh lama ditutup dan belakang caltex salor nie ada kubur.

Inilah kisah yang selalu diceritakan pasal sebuah stesen minyak Caltex di Jalan Slor Pasir Mas - Kota Bharu. Kalau balik kampung, aku selalu gak lalu depan stesen Caltex nih. Memang nampak agak seram tapi masa aku lalu sebelah malam tu memang gelap je la. Pernah dicerita juga sebab stesen ini ditutup ialah kerana pekerja shif malam tak tahan selalu kena kacau dengan makhluk halus. 

Aa satu lagi versi cerita seram mengenai kawasan ini...

KISAH misteri restoran sate di laluan lebuh raya Pasir Mas-Salor cukup popular dalam kalangan penduduk di Kelantan namun kepada orang luar berhati-hatilah sekiranya terlihat gerai tersebut di tepi jalan. Mengikut ceritanya, ramai orang luar pernah singgah ke gerai itu selepas melihat ia dihiasi lampu terang dan pelanggan memenuhi gerai untuk menikmati hidangan sate sedap. Pada hal hakikatnya, gerai itu sudah tidak wujud dan jika sesiapa melalui kawasan itu pada waktu siang hanya akan terlihat sekadar sebuah pondok usang yang dijadikan tempat berteduh oleh penunggang motosikal ketika waktu hujan.


No comments:

Post a Comment