Wednesday, August 19, 2020

Journal 18-08-2020 : Jogging dan hiking di Taman Tun Fuad, Bukit Padang

 Hari ni wife jaga exam kejap jer sebab tugasan dia hanya pergi ambil bacaan suhu pelajar jer. Lepas tu tak ada dah. Hari last exam STPM. Turun awal pagi dalam jam 5.40am lagi. Terus ke SMAKK. Habis tugas dalam 6.15am, terus pergi hantar anak-anak plak ke SEMI dan SKID. Lepas tu kami balik umah. Projek skit. Hahaha... Perut memulas daaa...

Dalam jam 8.00am lebih kali keluar ke Taman Tun Fuad. Nak walk-walk dan hiking 250 anak tangga. Sampai sana, ramai juga orang yang datang jogging sebab kami tengok parking hampir penuh. Kebanyakkannya orang Cina la. Mereka ni suka jaga kesihatan. Bersenam dahulu sebelum masuk kerja.




Nak start walk-walk, kami buat regangan kaki tangan dahulu. Sekali dok goyang-goyang kaki, tersepak tonggol tanah yang ada batu. Arghhhh... sakit woooo.... Sakir giler jari kaki aku. Pastu tengok berdarah sikit. Apa la dosa aku.... Itu ler..pakai sandal jer. Kalau pakai kasut, ok la kot.  Tak la luka kaki aku. Huhuhu...





Sampai kat atas lepas hiking 250 anak tangga, kami rehat kejap. Lepas tu buat rakaman video skit pasal motivasi. Mula-mula aku rakam video single pasal Manusia Toxic dan lepas tu buat kalaborasi video dengan wife pasal Keperluan dan Kemahuan. Video tu anda boleh tonton dibawah.

OTW balik kami singgah makan di Dayang Rojak House di Inanam. Rojak kami tapau jer. Kami makan nasi sebab jam dah 11.30am lebih dah. Sempat lagi buat rakaman Food Review sebab kami makan HINAVA , iaitu sejenih makanan berasaskan isi ikan tapi tak dimasakan. Isi ikan tu masak dengan kepedasan lada dan asam limau. MEmang sedap la...

Lepas makan, terus ke SKID tunggu anak-anak balik sekolah. Huda balik jam 12.10pm dan Hani balik dalam jam 1.00pm. Tapi tunggu Hani tak lama sebab dia balik awal tak sampai jam 1.00pm pun. Kelas batal sebab cikgu tak ada.




No comments:

Post a Comment