Thursday, October 8, 2020

Projek Rak Bunga Daripada Kayu Pallet

Alhamdulillah... Projek pagi ni. Siapkan tak bunga daripada kayu pallet yang aku beli dekat Sinaway, kedai jual jubin berdekatan dengan rumah kami. Pergi dengan En. Jamil, jiran sebelah rumah. Dia pon beli juga. 1 bongkah pallet kayu tu dijual dengan harga RM5 sahaja. 

Kasi jemur dahulu sebab kayu kena hujan kelmarin. Aku ketuk2 leraikan. Lenguh gak la sebab lama tak bertukang nih. 
Guna bahan-bahan yang terpakai. Paku pon recycle semula yang aku bukak kayi palet tu. 
Alhamdulillah... Siap... Tapi blom cat lagi. Kedai hardware tutup sebab TEMCO. 

No comments:

Post a Comment