Friday, October 16, 2020

Re-Stock Tanah Hitam, Sekam Padi Bakar, dan Cocoapeat

 

TANAH HITAM ISTIMEWA. High quality garden soil ini telah lulus ujian makmal dan dijamin 100% organik. Ia adalah campuran tanah kompos, sesuai untuk semua jenis tanaman. Dipacking dalam 1 kampit lebih kurang 18kg berharga RM20.00 dan packing kecil 4kg berharga RM5.00 sahaja. Untuk lebih jimat, kami tawarkan 3 kampit dengan harga RM55.00 sahaja, tidak termasuk caj COD.





Thursday, October 15, 2020

Kita semai Caladium plak.

 

Kita semai Caladium plak. Nanti dah banyak2, kami open order. Buat masa ni tengah kumpul2 spesis dia.







Wednesday, October 14, 2020

Semaian Ros Jepun kami. Kami ada jual jenis keratan, dalam polibag dan juga dalam pasu.



Keratan : RM2 / 8-10keratan (campur2) 

Dalam polibag : RM4.00 - RM5.00 (br semai, blm berbunga) 

Dalam pasu : RM8.00 - RM20. 00

Caj COD : RM3 - RM10 ( bergantung kpd jarak dan jumlah order )

Berminat? Call / Whatsapp : 0129517736

P/s : Buat masa ini kami belom buat penghantaran ke luar daerah menggunakan pos.












Monday, October 12, 2020

12 Okt. 2020 - Mengecat Rak Bunga Plak...

 



Kedai hardware di Inanam ada yang bukak. Dapat la beli cat putih tapi bukan cat kilat. Undercoat sahaja. Ok la daripada tak ada. Kami cat rak bunga dahulu. Nanti dah ada cat kilat, kita cat semula supaya lebih cantik.









Thursday, October 8, 2020

Projek Rak Bunga Daripada Kayu Pallet

Alhamdulillah... Projek pagi ni. Siapkan tak bunga daripada kayu pallet yang aku beli dekat Sinaway, kedai jual jubin berdekatan dengan rumah kami. Pergi dengan En. Jamil, jiran sebelah rumah. Dia pon beli juga. 1 bongkah pallet kayu tu dijual dengan harga RM5 sahaja. 

Kasi jemur dahulu sebab kayu kena hujan kelmarin. Aku ketuk2 leraikan. Lenguh gak la sebab lama tak bertukang nih. 
Guna bahan-bahan yang terpakai. Paku pon recycle semula yang aku bukak kayi palet tu. 
Alhamdulillah... Siap... Tapi blom cat lagi. Kedai hardware tutup sebab TEMCO. 

Wednesday, October 7, 2020

Cuti TEMCO plak dah.... Kes COVID-19 makin meningkat...

Bermula 12:01 tengah mlm ini ( 7 Oktober 2020) akan bermula Targeted Enhancement Movement Control Order (TEMCO) atau Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran bg daerah Kota Kinabalu, Putatan & Penampang. 

Semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta yang berdaftar dengan KPM dalam PPD KK dan PPD Penampang ditutup mulai 6 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020. Namun begitu, penutupan ini tidak melibatkan sekolah berasrama penuh iaitu SBP, SMKA, KV dan Sekolah Sukan.

Tapi kelmarin dapat surat bagitau murid2 di SMK Tun Ahmad Shah boleh balik cuti sehingga diberitahu bila sekolah akan dibuka semula. 1. 30pm aku pergi ambik anak aku terus. 

#bekalanPKP😊
#makabermulalahmasakapatakjadiharini😆
#moodbertukangON😃

Sunday, October 4, 2020

COD baja. kopi, sekam padi, cocoapeat dan. ros Jepun ke Bandar Seira.

 Pagi ni, 4 okt. 2020, awal pagi lepas sarapan roti canai segera dengan sardin, aku dan wife dah masuk kebun. Aku packing sekam padi, tanah hitam dan baja kopi. Ada tempahan drp kawan2 wife di KT6 KK. Dalam jam 10am, jiran lorong 10 datang beli sekam padi dan tanah hitam. Dia datang dengan anak2 dia dan mak dia. Tak sempat nak tengok bunga lama2 sebab hujan turun plak. 

Dalam 11am aku dan wife keluar ke. Bandar Seira nak beli barang2 dapur di Bataras, Grand Merdeka. OTW tu kami COD baja kopi, tanah hitam dan cocoapeat serta sekam padi dekat rumah kawan wife. 

Lepas COD baja kopi, tanah hitam dan cocoapeat, kami pergi shopping barang2 dapur. Ingat nak beli beras dan telur jer tapi bila dah masuk pasaraya, penuh troli. Hanis RM312++. Aku ingat tak sampai RM300... Hahahha... 

Barang2 skrg ni mahal2 giler... 

Saturday, October 3, 2020

Ros Jepun FREE datang lagi...



FREE Ros Jepun. Untuk hari ini 3 Okt - 4 Okt 2020 sahaja. Free RJ Carnation Pink only. Stock terhad. Sapa cepat dia dapat.. 

Kami juga ada jual spesis RJ yang lain serta Baja kopi, Cocoapeat, Sekam padi dan tanah hitam. 

Walk-in ke mini nursery kami di ;
Hse. 09, Lorong Cerah 4,
Taman Cerah, Off Jalan Tuaran Bypass, 
KK, Sabah. 

Tel/Whatsapp :
012-9517736 Cg. Noor
016-8265684 Bro Sham