Semalam anak aku Ahmad Irfan yang dok asrama SMK Tun Datu Mustapha call. Minta hantar bantal, duit syiling, alat mandian dia, dan sedikit kudapan. Dengar daripada suara tu ok jer tapi bila cakat dengan ummi dia ada bunyi sedikit sedih. Huhuhu...
Aku ingat nak riding dengan XMAX tapi tengok cuaca redup plak. Drive ATOS je la. Harap Atos tak buat hal. Kelmarin tukar kipas radiator. Lepas tu sokey fius relay dia plak longgar. Aku sendal dengan kertas yang aku lipat-lipat jer. Si Rahimi Pomen plak ke Labuan hari ni (06/08/2020). Nak cari bengkel lain, takut kena caj mahal plak. Tunggu la pomen balik.
OTW, alhamdulillah, jalan clear. Kalau jem pun sikit jer kat lampu isyarat. Lepas Luyang, ada sedikit jem. Rupanya ada kemalangan motorsikal dengan kereta Axia. Sebelum tu di jalan Lintas ada 4 biji motor yang mencilok kereta aku dengan lajunya. Tapi rasanya bukan geng motor tu. Masa aku nak sampai tempat kemalangan tu nampak dari jauh ambulan dan kereta peronda polis dah ada. MAsa aku nak limpas tu, ambulan dah bergerak pergi. Tak nampak la sapa yang kemalangan tu.
No comments:
Post a Comment