Aidilfitri 2020 kami sambut di Sabah, Aidiladha 2020 kami sambut di Sabah juga sebab cuti 3 hari je beb... Tapi Aidiladha alhamdulillah boleh pergi solat raya kat masjid tapi kena ikut SOP. Pergiu dengan anak jantan jer. Wife dan anak-anak perempuan dirumah sebab yang bongsu belum baru 11 tahun. Tak boleh pergi masjid.
Kami datang awal ke masjid. Malas nak berebut beratur nak tulis nama dan scan suhu badan. Lepas raya, tolong kira duit tabung masjid. Kemudian singgah minum kopi rumah pakcik Abdillah kejap. Lepas tu balik rumah, singgah kedai runcit beli nasi himpit segera dan bihun. Kak Juria dah sampai umah. Awal juga dia datang beraya.
Lepas Jumaat, pergi beraya rumah Kak Juria plak.
Raya kedua pergi beraya rumah Cikgu Haji Rosmadi. Dia aa buat doa selamat sikit sebab anak dia dapat masuk maktab perguruan.
Raya ke-3, 2 Ogos 2020 aku ke Masjid Raudah sebab ada majlis korban. Rakam video pakai Fimi Palm. 9 ekor lembu/kerbau dikorbankan. Aku tolong lapah 2 ekor kerbau, lepas tu aku tolong pegang je la. Tangan lenguh. Setahun sekali katakan dok . Bukan hari2 lapah lembu kerbau nih. Lagi pun aku kerja ringan-ringan jer. Asyik dok ngadap PC jer... hahaha...
Gambar-gambar majlis korban boleh lihat di https://iammohdsham76.blogspot.com/p/gambar-gambar-majlis-korban-aidiladha.html
No comments:
Post a Comment