Thursday, August 13, 2020

13 Ogos 2020 - Sakit urat wehhh...

    Kaki kiri aku sengal-sengal sejak beberapa hari ni. Dalam setahun biasa jadi gini beberapa kali semenjak dua menjak nih. Munkin sebab kesan jatuh masa main lompat tinggi disekolah dahulu. Aku pernah lompat palang setinggi 1 meter lebih dan jatuh atas tanah yang keras. Dulu lapit dengan span yang diletakkan dalam guni jer. Masa aku jatuh tu, kaki aku tertolak guni tu dan aku jatuh atas tanah. Sakit gila masa tu. Kaki kanan aku rasa kebas sampai ke pinggang. Aku terhancot-hencot jalan naik baraing atas surah sekolah.


Sejak minggu lepas, kereta Atos aku tak boleh nak bawak jalan sebab soket fius relay dia rosak. Jadi, kipas radiator tak dapat hidup. Sebelum tu dah tukar kipas radiator sebab motor dia dah rosak.  Aku nak minta pomen Rahimi baiki tapi dia sibuk dok baiki kereta orang lain. Nak hantar tempat lain, fulus kurang dan aku tak pasti kat bengkel mana yang OK dan boleh buat wiring kereta nih. Jadi, minggu ni aku terpaksa hantar dan ambil wife dan anak-anak ke sekolah.

Hari ni cuaca redup dan hujan renyai-renyai masa balik dari hantar wife ke SMAKK. Wife jaga exam budak STPM sana. Ganti kawan dia. Beberapa hari ku tak update blog ni sebab sibuk sikit dan mood nak menulis tu kureng. Huhuhu...

No comments:

Post a Comment