Friday, February 25, 2022

Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia

 An earthquake has occurred with magnitude: 6.2 SR, 17 km NorthEast DHARMASRAYA-SUMBAR, at: 25-Feb-22 01:39:29 UTC, No TSUNAMI threat (This event has been reviewed by a seismologist.)




Gempa berlaku pada 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Thursday, February 24, 2022

Kenangan 8 tahun dahulu pada 24 Feb. 2014


Bismillah... Memformat laptop Asus X45U. Owner suruh format terus sbb tak boleh nak boot ke windows. System corrupted...

Warisan2u.com Enterprise
PC/Laptop & Printer Service
Lot 16, Urban Minimall, Tmn Indah permai,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
013-8655684 / 088-408265

Kenangan 8 tahun dahulu, 24 Feb. 2014. Hari ini 24 Feb. 2022 aku masih juga baiki laptop tak kadang-kadang la. Tu pun buat kat rumah jer. Dahulu ada ada kedai baiki komputer tapi ada sebab-sebab tertentu terpaksa ditutup. Sedih juga tapi nak buat camana. Rezeki Allah ada dimana-mana tak tak semestinya tutup kedai tak boleh baiki laptop. Kastemer yang dah biasa dengan servis aku tetap hantar kat rumah kalau ada masalah laptop atau PC mereka.


 

Megat Nordin - Hati berkene : Lagu dikir terbaik sepanjang zaman


Sapa peminat dikir disini ? Lagu peberet sepanjang zaman.

 

Akhirnya Channel Rinda05 dapat monetize semula

 Alhamdulillah... Setelah hampir setahun terperap sebab kena reject daripada Youtube Programe Partner, akhirnya aku cuba apply semula monetization.  Sebelum tu buat ubahsuai sedikit, buang mana-mana video yang ada reused content/video, lepas tu apply monetization semula. Alhamdulillah dalam ,asa tak sampai seminggu dah lulus review. 

So lepas ni channel Rinda05 akan upload video-video pasal family jer kot. Tengok dahulu camana.







Wednesday, February 9, 2022

Akkhirnya aku kena ni jugak C19


8 Feb. 2022, pagi aku COD 2 tempat. Di Sepanggar dan di SK Likas. Lps COD SK Likas aku rasa sakit kepala. Singgah kedai runcit beli panadol dan air soya kotak. Ingat mau puasa sunat tapi tak jadi sebab sakit kepala. Huhuhu...

Balik rumah terus landing di ruang tamu. Malamnya aku demam panas. Aku rasa sejuk menggigil tapi badan aku panas. Wife aku lap dengan kain basah. Aku buat self test C19. Result negatif. 

Malamnya wife jaga aku sepanjang malam sampai subuh. Banyak kali aku telan panadol. Demam tetap tak berubah. Aku tidur dgn kain basah. Tak cukup lap dengan kain basah, wife suruh aku mandi. Sejuk giler aku rasa. Tapi sebenarnya badan aku sangat panas. Aku jer rasa sejuk.

Tuesday, February 8, 2022

COD cuka kayu dan S -Trex

Hari ni hari Selasa, 8 Feb. 2022 cuaca cerah. Awal pagi ada COD Cuka kayu ke Sepanggar. Dalam jam 9am wife wasap ada lagi kena COD S-Trex 2 botol ke SK Likas. Aku ingat nak puasa sunat tapi lepas hantara cuka kayu ke Sepanggar, kepala rasa berdenyut. Lepas hantar S-Trex ke SK Likas, aku singgah kedai runcit depan sekolah utk beli panadol dan air soya kotak. Masuk kereta terus sedut air soya dan telan panadol 1 biji. Balik umah terus landing di ruang tamu sampai Zohor. Sedar2, kepala ada rasa berdenyut - denyut sikit. Nak g mandi dan nak solat Zohor. Dalam jam 2pm nak pergi ambil anak sulong di sekolah plak.





Blog lama tak update sebab lupa emel untuk login

 Alhamdulillah, akhirnya dapat juga emel dan password untuk login blog nih. Last update pada 21 Feb. 2021 yang lepas. Hampir setahun tak update. Hari ni dah 08 Feb. 2022 baru jumpa emel dan password untuk login. InsyaAllah aku nak cuba update semula blog nih. Blog lama tu ada masalah skit sebab tu aku tak update. 

Banyak cerita ceriti yang aku nak upload tapi tak dapat. Hanya upload video di channel www.youtube.com/iammohdsham76 jer. Dibawah ni aku kepilkan gambar-gambar thumbnail untuk utube aku tu. Ada aktiviti yang tanpa video tapi ada gambar. Jadi, gambar-gambar tu boleh upload disini.