Wednesday, September 30, 2020

Borong Tanah Hitam dan Baja Kopi untuk Ros Jepun


Pagi ni, 30 Sept. 2020 pergi hantar baja kopi ke lorong 10, taman cerah dan ke Taman indah Permai. Kemudian aku ke Tamparuli beli tanah hitam 8 karung dan baja kopi 1 karung. Beli pasu saiz 13cm 20pcs.

Bunga Ros Jepun yang dibaja dengan baja kopi memang subur. Banyak bunga kembang mekar dan segar. Kalau jenis Dunna, dia meka sampai ke petang jam 5pm. Kalau jenis Carnation, mekar jam 10am sampai jam 2pm paling lewat. Lps tu memgecup dah. 

Monday, September 28, 2020

Ros Jepun PERCUMA...

Ros Jepun yang diluar pagar kami dah sampai masa untuk di TRIM. Jadi kami semai sedikit dan bagi FREE kepada yang berminat. Alhamdulillah... Ada yang berminat datang ambil dan ada yang datang beli bunga dan juga baja kopi kami. Projek bunga Ros Jepun free ni terhad. Sapa cepat dia dapat dan kena datang kena rumah kami. InsyaAllah kita akan buat lagi Ros Jepun FREE nih.



Ini antara yang sempat kami bergambar dengan mereka yang datang untuk FREE ROSE dan juga membeli baja serta bebrapa jenis Ros Jepun yang kami jual.



Produk sampingan yang kami jual seperti BAKA KOPI, COCOAPEAT, SEKAM PADI dan juga TANAH HITAM yang sudah diproses. 


Spesis RARE yang sukar diperolehi yang kami jual. 

Jika berminat, boleh datang ke Mini Nursery kami di :

Hse No. 09, Lorong Cerah 4, 
Taman Cerah, Jalan Tuaran Bypass, 
Off Jalan Gudon @ Cudo, 
Manggatal, KK, Sabah. 

Isnin - Jumaat : 3pm to 5pm
Sabtu - Ahad : 10am - 5pm

P/s : Call/WhatsApp before coming.

Tel / Whatsapp :
012-9517736 (Cg Noor) 
016-8265684 (Abg Sham) 


27 Sept. 2020 - Memborong baja dan tanah hitam untuk Ros Jepun

Awal pagi keluar ke Tamparuli membeli tanah hitam, baja kopi, cocoapeat dan 2 biji tayar buruk untuk menyemai benih Ros Jepun. 

Rupanya kelmarin, hari mengundi PRN Sabah nuseri ni bukak tapi lewat sikit. Mereka keluar mengundi. Kami ingat tutup. 
Balik rumah, aku packing baja kopi dan cocoapeat. Cocoapeat tu sabut kelapa yang dah dihancurkan. Campur dengan tanah hitam untuk kekalkan kelembapan tanah dan supaya tanah tak terlalu padat dah berat. 

Saturday, September 26, 2020

Melawat Anak2 Jantan di Asrama


Jam 2.30pm pergi hantar barang dan alat mandian untuk anak di TUNAS. Lepas tu baru bertolak ke TDM di Kinarut. Jalan clear sebab hari ni hari mengundi. Ramai ke pusat mengundi dan ramai juga yang stay at home. 

Permintaan anak jantan di TDM. Nak makan KFC. Petang ni tak ramai yang datang melawat. Pagi ramai katanya. 

OTW balik, singgah nak solat Asar di Airport tapi surau tutup sebab COVID-19. Kami ke Masjid Negeri. 

Siap solat, kami terus ke Inanam. Singgah di Poliklinik Permai sebab bawa anak sulung jumpa doktor. Kelmarin dia sakit perut. Sembelit katanya. Hari ni masih sakit di pinggang. Doktor cek air kencing. Katanya mungkin ada batu karang kecil. Dia kurang minum air masak. Suka sangat minum air manis-manis, bubble tea, tealive, dan macam2 lah...

Doktor bagi ubat antibiotik, tahan sakit dan ubat untuk pecah batu karang serta suruh minum air masak banyak2. 

Thursday, September 24, 2020

Santai petang sambil tengok bunga

Lepak atas buaian sambil tengok bunga. Hari ni cuaca bagus. Tak hujan. Matahari tak cerah sangat tapi hawa panas betul. Wife plak ada rombongan sekolah ke DUN Sabah bawa budak2 KT6KK. Balik lewat petang. 

Aku masak ayam masak merah campur petai. Sup ayam semalam ada lagi. 

Petang2 gini bunga RJ tak kembang dah. Kecup dah. Yang jenis Duna tu dia lambat kucup. 


LOKMAT smart watch ladies men's heart rate health tracker waterproof sports

LOKMAT smart watch ladies men's heart rate health tracker waterproof sports. 

LOKMAT Product Description:
* Screen size: 0.96 inch TFT color touch screen
* Resolution: 160 * 80 pixels
* Hardware platform: BK3431Q
*Bluetooth: Version 4.0
*Battery capacity: 200mAh battery
* Charger: strong magnetic charging interface
*Remote camera: within 10 meters from the camera
* Multiple sports modes: support running, cycling, hiking and other sports modes
*Intelligent anti-lost: mobile phone bracelets find each other, disconnect reminder
* APP Health Measurement: Heart Rate Timing Monitoring
* Remote control photo: support long press remote control mobile phone to take pictures.
* System requirements: Android 4.4 and higher, IOS 8.0 or higher, support for Bluetooth 4.0
* IP68 is waterproof and dustproof (can be worn in the rain, when washing hands and bathing, but not in hot water, not suitable for swimming)
*APP name: Fun Do
* Smart calls and message reminders: Call, Twitter, Facebook, WeChat, etc. All of this will be sent to the wrist display and a vibration alarm will sound.
*More features: heart rate monitoring, multiple sports modes, sleep mode, message reminder and display, remote camera, anti-lost query, sleep monitoring
*APP language: English, Portuguese, Spanish, Arabic, Korean, Russian, Indonesian, German, Italian, Japanese, French

Wednesday, September 23, 2020

23 Sept. 2020 - Awal pagi awan mendung


Awal pagi awan mendung macam nak hujan. Berarak ke arah laut dan arah Tuaran. Tapi harapnya tak hujan pagi ni. 

Sampai rumah lepas hantar anak2 ke sekolah, 2 ekor anak bulus dok menunggu depan pintu. Aku lepak atas buaian sambil menulis blog nih pakai smartphone Huawei P20 Pro. 

Dok fikir nak buat apa pagi ni. Ingat nak packing baja kopi. Nak menyemai sayur dan RJ, tanah hitam ada sikit jer. Hari minggu ni nak kena pegi borong tanah hitam dan pasu bunga plak. 

Tuesday, September 22, 2020

22 Sept. 2020 - Aktiviti aku pagi2...

Sarapan pagi 22 Sept. 2020. Roti burger dengan coleslaw + scramble egg sama air susu Omega.


Sambil update blog dan Youtube, layan citer P Ramlee, Anak Bapak. Hujan kat luar dah berhenti. Kain tengah basuh dalam mesin basuh. 

Menyemai Ros Jepun yang kami order dari Kelantan

Wife ada order RJ dari Kelantan minggu lepas. Ada 14 jenis semuanya. Tengahari tadi PosLaju hantar. Alhamdulillah, RJ masih OK. Lepas Asar kami terus semai dalam polibag.